Mengenai Blog Ini

Blog Rasmi Sempena Muktamar Sanawi ini ditubuhkan pada 23 Julai 2009. Kami akan meletakkan kiriman terbaru sepanjang MS ini berlangsung setiap tahun. Pastikan anda sentiasa bersama kami!

Dapatkan Berita Terbaru

Daftar untuk mendapatkan berita terbaru

Image Hosted by ImageShack.us


Thursday, July 23, 2009

Kata-kata Aluan Pengarah MS Ke-14



Alhamdulillah, ucapan syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi atas limpah kurniaNya yang tidak terhingga banyaknya. Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W rasul akhir zaman sebagai rahmat kepada seluruh alam.

Sidang muktamirin muktamirat,
Terlebih dahulu dikesempatan ringkas yang diberi kepada saya ini, ucapan salam dan terima kasih ingin saya ucapkan kepada seluruh kepimpinan AJKT dan AJKH KPKM 08/09 dan ahli KPKM atas kesudian menghadiri MS kita pada kali ini. Selaku orang yang diamanahkah untuk menguruskan perjalanan MS kali ke 14 ini, saya juga ingin menyatakan kepada semua bahawasanya tujuan atau matlamat yang ingin dicapai pada MS ini tetap sama seperti sebelum ini iaitu ingin mendapatkan titik persamaan untuk sebuah kesatuan.

Sebagaimana yang kita ketahui, kerja dakwah islamiah adalah amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada semua manusia yang bergelar muslim tidak kira lelaki ataupun perempuan semuanya memikul tanggungjawab ini. Kerja ini menjadi satu kewajipan yang mesti diteruskan dari masa ke masa. Oleh yang demikian, bagi saya, medan kepimpinan dilihat menjadi satu jalan yang terbaik untuk merealisasikan amanah ini. Ianya bukan hanya satu padangan semata-mata tetapi ianya mempunyai bukti yang jelas yang saya kira tidak perlu dijelaskan dalam penulisan ini. Catatan sejarah para nabi dan sahabat dan seluruh kepimpinan Islam telah menjadi buktinya.

Hadirin-hadirat sekalian,
Apa yang diharapkan pada MS yang telah menjaungkau usia 14 tahun ini,ahli-ah;i dapatlah mengemukakan cadangan atau komentar dengan hasrat untuk membina generasi kepemimpinan yang berwibawa. Selain itu juga, saya menharapkan kepada semua dapat menggunakan peluang ini untuk mengemukakan pendapat dan pandangan yang membina sebagai panduan dan timbang tara kepada generasi pelapis KPKM pada masa akan datang.

Akhir kalam, terima kasih atas segala perhatian dan bantuan. Mohon maaf atas segala kesalahan dan kekurangan. Selamat bermuktamar.

Sekian, wassalam.

“JULANG THAQAFAH BAKTI DICURAH”

“BELAJAR DAN BERAMAL”


Yang menjalankan amanah,

t.t.
(MOHD KHAIRUL QAZREEN BIN RAJAB )
Pengarah,
MS kali ke-14,
Keluarga Pelajar-pelajar Kelantan Mesir


Tanggal : 13 Rejab 1430 H bersamaan 7 Julai 2009 M

0 comments:

Post a Comment

Senario MS Ke-14. Kandid!

Klik di sini untuk terus ke pautan Galeri (lihat gambar penuh)




Bacaan Semasa